Semenjak kebelakangan ini, saya banyak bertutur dalam Bahasa Malaysia.
Jangan tanya kenapa.
Tapi loghat saya sudah berubah.
Kalau dulu dok skolah habak cam oghang Peghak,
Pastu pindah Kay Ell, I speaking macam orang KL plak,
Nau, sudah bunyi entah camne bab campur2, masuk sume dalam mangkuk, gaul wat rojak je.
Sebenarnya, tahun dulu lagi saya sudah berhajat menulis satu entri dalam Bahasa Malaysia.
Tujuannya untuk mengenangkan cikgu tuisyen Bahasa Malaysia saya, Cikgu Ismail.
Entah kenapa, tiba-tiba saja terkenang dia semasa ronda-ronda di bandar.
Mungkin sebab dulu, dia banyak mendorong saya.
Ini saya cakap dari hati, bukan karangan semata-mata.
Saya rasa beliau tidak tahu impak beliau dalam hidup saya.
Sebab selepas habis SPM, selepas dia sudah lagi tidak mengajar saya, saya pun mula menjadi malas, sehingga hari ini.
Kalaulah boleh, memang saya inginkan dia jadi
cikgu saya selama-lamanya, supaya saya sentiasa tidak malas (bukan rajin, cuma tidak malas, faham?).
Kalau belum tahu lagi, saya ini memang degil orangnya.
Sudahlah degil, tidak suka dengar cakap lagi pula.
Saya ini pelik.
Sebab saya hanya dengar cakap orang yang saya suka, atau kalau orang itu betul-betul masuk akal. Yang lain itu, memang tidak hirau.
Sebab itulah saya sangat sayang pada cikgu itu.
Sebab dia itu 'no nonsense'.
Masalah saya sekarang ini, saya tiada motivasi untuk belajar.
Akan tetapi peperiksaan itu sudah mahu dekat.
Dalam otak saya, ingat mahu pergi bercuti dan melancong sahaja.
Tunggulah, dalam lebih kurang 30 hari lagi saya akan berada di sini:
Harap-haraplah kan. Sebab nanti ada pula orang yang pandai hendak menghalang.
p/s: Arini baru sye prasan yg dunia ni bulat. Tau x, lau org to pandai camne pon, akhir2nye kene tipu ngan org yg bodoh gak. Bab otak dorg lain2. So die x prasan lor bile kena tipu.
Hmm...celoteh je banyak. keje x siap2. Sok kena marah suami gi baru padan muke..hehehehe.. Dahla...tak nak online gi dah...tunggu 11June sya balik ok..
No comments:
Post a Comment